SEJARAH SEKOLAH


   
            Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung ini  sendiri. Kampung ini mempunyai sejarahnya sendiri di mana semasa pembukaannya dahulu, Ketua Kampung dan Penghulunya menanti-nanti di antara satu sama lain untuk menyiapkannya. Jadi timbullah nama “SERI MENANTI”. Pada mulanya, SK. Seri  Menanti mempunyai empat bangunan di dua bidang tanah yang berlainan tetapi berhampiran (berselang dengan sebidang tanah awam).

    
Bangunan A (JKR 538)

Dibina pada tahun 1926 dengan nama “Sekolah Melayu Seri Menanti, Muar”. Pada tahun 1957 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Umum Seri Menanti, Muar”. Pada tahun 1959 nama sekolah ini sekali lagi ditukarkan kepada “Sekolah Lelaki Seri Menanti, Muar”. Pada tahun 1981 sekolah ini diruntuhkan kerana uzur.


Bangunan B (JKR 834)

Didirikan sebagai bangunan tambahan pada tahun 1948 yang dikenali sebagai “Sekolah Lelaki Seri Menanti, Muar”. Pada tahun 1984 sekolah ini digunakan oleh Sekolah Agama Seri Menanti, Muar – ‘Kerajaan Negeri Johor’. Akhirnya tapak sekolah Bangunan A  dan B diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor dan pada tahun 1989, tersergamlah bangunan dua tingkat“Sekolah Agama  Seri Menanti, Muar, Johor”.


Bangunan C (JKR 1381)

Dibina pada tahun 1953 dengan nama “Sekolah Perempuan Seri Menanti, Muar”. Guru Besarnya ialah Pn. Asiah bt. Nordin. Pada tahun 1963 pentadbirannya dicantumkan dengan “Sekolah Lelaki Seri Menanti, Muar”untuk membentuk”Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar”. Pada tahun 1982 bangunan ini diruntuhkan dan  diganti  dengan bangunan baru 2  tingkat (JKR2877)  yang ada pada hari ini. Ianya telah dirasmikan oleh YAB. DATO’ MUSA HITAM, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 1984.


Bangunan D (JKR 1380)

Dibina pada tahun 1962 untuk bangunan tambahan “Sekolah Kebangsaaan Seri Menanti, Muar”. Pada 24 Julai 1963, bangunan ini dirasmikan oleh YAB. DATO’ HJ. HASSAN BIN HJ. YUNOS, Menteri Besar Johor ketika itu dan bangunan itu digunakan sehingga kini.

Mulai 2002  SK. Seri Menanti terdiri daripada satu  bangunan 4 tingkat dan satu bangunan 2 tingkat serta sebuah kantin.

Mulai  Disember 2001 sekolah ini dinaikkan ke Gred A.

Kini SKSM telah mempunyai 3 bangunan termasuk satu bangunan baru.























MUTIARA KATA